CEGAH SABAH

Ringkasan cegah

PENGENALAN
Pengenalan

Keluarga adalah sebuah institusi pembentukan insania yang paling utama. Komponan keluarga ini akhirnya akan hidup di dalam masyarakat yang luas dan saling mempengaruhi antara satu sama lain dari segi tingkah laku sosial, sikap, nilai, emosi  dan kepertanggungjawaban. Sehubungan dengan itu, rujukan terhadap pembentukan sahsiah dan intelek keluarga perlulah digarap serta dipimpin supaya rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap diri, keluarga dan orang lain dapat dicapai untuk melahirkan ahli masyarakat yang sejahtera. Memandangkan terdapat beberapa kes pengabaian keluarga, maka Pertubuhan Mencegah Pengabaian Keluarga Sabah (CEGAH) bersama Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKAS) mengambil langkah proaktif melalui pendekatan seminar ini untuk  memahami kes-kes ini dengan lebih teliti.

Read More
LOGO CEGAH
Pertubuhan Mencegah Pengabaian Keluarga Sabah (CEGAH)

Pertubuhan Mencegah Pengabaian Keluarga Sabah (CEGAH) adalah sebuah badan sukarela kebajikan. Ianya telah ditubuhkan pada 26 Jun 2019. Dalam melaksana peranan dan objektif pertubuhan ini ianya akan berlandas kepada kemahiran profesion kerja sosial, psikologi, dasar dan kebajikan masyarakat. Untuk mencapai matlamat pencegahan tersebut, pertubuhan percaya kepada prinsip kerjasama, komplemen dan rakan karib kepada agensi kerajaan yang berkaitan. 

Untuk mencapai matlamat tersebut pertubuhan memberi fokus terhadap permasalahan PENGABAIAN KELUARGA  seperti berikut :

i. Mengenal pasti keluarga yang diabaikan tanpa mengira  suku kaum, agama dan keturunan;

ii. Memberi perkhidmatan rundingcara, pemulihan dan mengusaha bersama bantuan yang diperlukan oleh keluarga yang diabaikan;

iii. Merancang  usaha-usaha pencegahan dan kesedaran   masyarakat terhadap permasalahan pengabaian keluarga;

iv. Berusaha bersama keluarga untuk memperolehi semula apa-apa perkara yang telah diabaikan dan sepatutnya menjadi milik keluarga; dan

iiv. Membantu mengupayakan keluarga supaya mereka dapat berfungsi dalam masyarakat serta meneruskan kelangsungan hidup yang sejahtera



Read More
LOGO CEGAH
Definasi Nama
Tiga perkataan digabungkan menjadi pandu sasar matlamat pertubuhan ini iaitu MENCEGAH, PENGABAIAN dan KELUARGA.  MENCEGAH bermaksud respon awal untuk menghalang, menegah dan mengikhtiar supaya perbuatan mengabai tidak terus merebak. PENGABAIAN bermaksud perbuatan atau tindakan membiarkan, mencuaikan, melalaikan, tidak atau sangat sedikit mengambil perhatian, tidak memperduli atau mengendahkan dan menganggap sepi dan mensia-siakan hak keluarga. KELUARGA merangkumi bapa, ibu dan anak-anak sebagai keluarga utama (nucleus family) manakala keluarga besar (extenderd family) termasuk datok, nenek dan adek-beradek.
Read More
about1-1
Sejarah
Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it to make a type specimen book.
Read More
about2-1
Komuniti
Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it to make a type specimen book.
Read More
about3-1
Amal
Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it to make a type specimen book.
Read More