CEGAH SABAH
KK|Mesyuarat Majlis Tertinggi Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS) Bilangan 1 Tahun 2026

KOTA KINABALU — Pertubuhan Mencegah Pengabaian Keluarga Sabah (CEGAH) menyambut baik sokongan Kerajaan Negeri Sabah melalui penyerahan bantuan kewangan bagi memperkukuh perkhidmatan sosial serta kebajikan masyarakat di negeri ini.

Presiden CEGAH, Tuan Etong bin Terang, telah hadir sama mewakili pertubuhan tersebut dalam Majlis Penyerahan Mock Cek Bantuan Kewangan kepada Organisasi Ahli – Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang dianjurkan oleh Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS).

Majlis penyerahan mock cek berkenaan disampaikan oleh Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat (KWKKR), YB Datuk Julita Majungki. Turut hadir menyaksikan penyerahan tersebut ialah Setiausaha Tetap KWKKR, Datuk Maria Chong, serta Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Encik Jais Asri.

Bantuan kewangan dan penyampaian geran ini dihulurkan sebagai tanda pengiktirafan dan sokongan padu terhadap usaha berterusan NGO tempatan dalam melaksanakan program kebajikan bagi membantu golongan yang memerlukan di pelbagai lapisan masyarakat Sabah.

Selaku Presiden MPMS, YB Datuk Julita Majungki turut mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi MPMS Bilangan 1 Tahun 2026 yang menghimpunkan wakil-wakil NGO kebajikan di negeri ini. Mesyuarat tersebut menjadi platform strategik untuk membincangkan langkah memperkukuh kerjasama serta meningkatkan efisiensi penyampaian perkhidmatan sosial.

Sinergi dan kerjasama berterusan antara pihak kerajaan, MPMS, NGO seperti CEGAH, dan masyarakat awam amat krusial dalam memperkemas jaringan sokongan sosial agar setiap bantuan kebajikan dapat disalurkan secara mendalam dan berkesan di seluruh pelusuk Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *